Friday 11 December 2015

lebih dari sekadar kebetulan

Aku tak peduli sama sekali
andai rambutmu tak hitam segelap malam,
kerna aku tahu ia perang bukan kerana saduran,
sebetulnya asli seperti yang terciptakan.


Aku tak peduli sama sekali
andai kau tak membaca tentang puisi dan karangan
kerna bagiku kaulah puisi yang ku angankan
yang mahu ku tulis semenjak kita berkenalan.


Aku tak peduli sama sekali
andai kita tak berkongsi lagu-lagu kegemaran,
kerna cinta adalah lebih dari sekadar kebetulan
dan kegembiraan tak seharusnya terancang.


Aku tak peduli sama sekali
andai kau tak terpikat pada kata-kataku,
cukuplah kau tertawa kerna aku,
kerna jenaka lucu yang tak sengaja ku susun begitu. 

No comments:

Post a Comment