Sunday 18 October 2015

anjing

Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Entah apa yang mempengaruhi populasi manusia tetiba ramai customer datang. Memasing sibuk carik barang-barang yang diperlukan. Ada yang kebulur memilih roti gardenia 60 sen, ada yang gigih tunggu slurpy kaler macam muntah badang, tidak ketinggalan juga nyonya yang curious apa bezanya berus gigi berus tebal dengan charcoal. 

Tetiba datang seorang lelaki berumur lingkungan 50 tahun ke atas dengan kehendak Tuhan menyapa aku. 


"Ni kerja dari pukul berapa?" sambil turunkan spek mata beliau gaya mantan pengetua sekolah menengah aku. Rindu pulak kat pengetua. Eh.


"7 malam semalam uncle," jawab Faiz sopan yang jaga kaunter.


"Budak-budak muda macam engkorang ni mana boleh letak sama-sama syif malam" balas uncle tersebut sambil meletak shaver di kaunter.


Otak aku ligat berfikir segala macam kemungkinan disebalik ayat uncle tu. Cuba sangka baik. Aku balas senyum kambing je. 

"Tu la Tuhan kasi 24 jam, ada untuk tidur, ada untuk kerja. Dulu sekolah panjat pagar, kempiskan tayar kereta cikgu, taknak belajar betul-betul kan dah kerja macam ni," tambah uncle sambil menepuk-nepuk bahu aku. 


Aku tersentak dan mula pandang Faiz kat sebelah. Faiz pun pandang aku, dia tunjuk signal mata nak bidas balik kata-kata pujangga uncle tu. 



Babi sentap sial wa cakap lu. 



"Ha'ah tu lah uncle. Tuhan pun bagi akal mana elok mana tak, belajar tinggi-tinggi pun tak guna setakat beli shaver nak beratur pun tak reti, takde manners, nampak macam tak pernah sekolah" kata aku bersahaja sambil buat-buat susun dunhill. 


uncle tu pun blah mengambil balance dan shaver sejemput dengan kasar, gadis jelita yang tengah pregnant dipotong barisannya tadi tersenyum je pandang aku.


Apa lu ingat kerja 7-E hina sangat ke uncle? Dah lah tuduhan tak berasas, cakap aku panjat pagar lah apa lah.





Eh jap. Cemana dia tahu aku bocorkan tayar kancil cikgu Idris? 






No comments:

Post a Comment