Thursday, 21 May 2015

sunyi sudah pergi

Malam itu,




dia bersila di atas sofa
gitar kayu itu menjadi teman


gitar dipetik 
lagu dinyanyi


terasa melodi seperti masuk satu persatu di dalam hati
entah malam itu kenapa dia terasa mahu bersendiri


dia mahu bersendiri
tapi bukan rasa ini;

sunyi.


sedang leka memetik gitar,
ada yang mencium telinga


kemudian orang itu memeluk lehernya dari belakang
kedua belah pipi lelakinya dicium pula


dia senyum 
kemudian tertawa


orang itu lalu berbisik 



" Sudah ralit dijamah malam,sayang. Mari sini kita beradu "



masuklah dia ke kamar dengan orang itu


mereka banyak bercanda
dan berbual mesra
dia terasa bahagia itu datang kembali
sunyi sudah tiada lagi

orang itu diciumnya lembut di dahi,
sayang



dia;


Si isteri. 



No comments:

Post a Comment