Friday, 15 May 2015

manusia celaka

zahirnya hanyalah seorang budak
tempang kaki,
buta kedua korneanya

di segenap kota dia huni
demi mencari sesuap makan;
mahu terus hidup di bumi Tuhan

sayang,

bapak emak sudah mati
adik kakak entah kemana pergi
berpecah belah 
porak peranda semua



budak itu dihina

dicaci masyarakat yang hanya tahu menghukum sana sini
bahkan secebis kasihan tidak pernah diberi
budak itu mengheret kaki
mengikut kehendak hati



suatu hari itu

kepasar pagi dia tuju
pagi buta lagi
meminta sedikit sumbangan, meraih simpati
diherdik, disepak seluruh anggota 
dianggap jijik
budak itu lalu pergi
menuju lorang belakang pasar
kemudiannya dia bertukar;
jadilah seorang malaikat



sekarang tahulah

betapa celakanya manusia!  


No comments:

Post a Comment