perlahan lahan mengatur langkah menaiki tangga
kalimah Alhamdulillah dilafazkan kerana selamat tiba dari kampung dengan selamat
rasa risau dan gusar tetap menebal dalam diri
kondisi sahabat kesayangannya, Az kini dalam keadaan yang membimbangkan
Syabab masih tak dapat info dari adik adik Az
Syabab masuk bilik terus grab phone
Syabab duduk atas kerusi melepaskan rasa penat
"weh, Qi message aku weh"
Syabab terus berlari ke arah adiknya
meninggalkan terus telefon pintar dalam genggamannya kejap
"sakit dia semalam okay, harini critical. Harini critical, esok okay. Az sakit barah. Ingat tak dia pernah dermakan buah pinggang untuk arwah akak aku, yes effect dia punya kesihatan. Doctor said dah tak lama dah. Sokay kami redha. Apa yang doctor cakap pendapat manusia je kan Zatt?"
Syabab baca
rasa sebak
Allahurabbi terkesan
****
4.05 petang
Syabab dapat ques dari Mad, adik kepada Az
Syabab baca ques
"Syabab, Az dah takda ..."
inalillahiwainna'ilahirajiun
Syabab terduduk jatuh tanpa sila
dengan sekali nafaz,
berderu mutiara jernih gugur ke lantai
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar
Syabab lafazkan perlahan lahan sambil mengawal perasaan
tak tertanggung rasa peritnya
dan kemudiannya dia beristighfar
Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah
Syabab ambil masa lama untuk tenangkan diri
dia macam tak percaya
seperti hanya suatu mimpi buruk dalam tidur lena
Syabab tarik nafas dalam sambil memejamkan mata
tenyata ini kenyataan pedih lagi pahit yang harus dia telan
malam tadi Syabab tak boleh tidur
mutiara jernih gugur tanpa sempadan
tanpa sebarang halangan
kepala Syabab berdenyut denyut
barangkali effect menangis terlalu lama
kalau dia termenung, pasti bait bait puisi dan kata kata arwah terngiang ngiang di benaknya
dan tika itu,
mutiara jernih gugur lagi
Syabab tak larat nangis lagi
mutiara jernih dah kering
tak mampu keluar lagi
Syabab harus bangkit
Syabab mahu Az tenang di sana
bukan menderita kerana melihat sahabatnya jatuh terjelopok
Syabab kesat air mata
Syabab nak kuat
sekuat Az, sahabat kesayangan
bait bait kata Az, akan Syabab sematkan dalam hati
untuk dulu, sekarang dan selama lamanya
kata kata dan bait puisi Az takkan pernah aku lupakan
moga tenang, aman disana
kau layak dapat ketengan sahabat, kau layak
you're such a good brother, mujahid, son and sahabah
you're everything for us
harap kau dapat jumpa kak iman kak sana
Az, doa kami takkan tinggal untuk kau
takkan pernah tinggal
moga dikau tergolong dikalangan orang orang yang beriman
tunggu kami Az
kami datang nanti !
tunggu kami Az !
tunggu kami !
Tuhan,
Kau ampunilah segala dosa dan kekhilafan sahabatku
kau luaskanlah kubur dia
Kau hadirkanlah Al Quranul'karim sebagai peneman dia
Kau terimalah segala amal ibadat sahabatku ketika di dunia lagi
Ameen Allahumma Ameen
Muhammad Azfar Hakimie Bin Muhammad Zailani Syah
28122014 - 06042014
Al - Fatihah
No comments:
Post a Comment